Sembonia - Slig bag

Mar 13, 2022

kitsilencer-of pahang, MY

Dear Sembonia,

Pada 30 SEP 2021, saya telah beli sling bag di Butik Sembonia Pasaraya ECM KUANTAN. Pada bulan DIS 2021 beg tersebut koyak di bahagian penyangkut tali. Pada 4 JAN 2022 saya telah kembali ke butik dan mahu claim warranty. Staff butik telah memberikan Repair Service Memo dan memaklumkan beg mungkin akan siap dalam tempoh 6 bulan atau lebih. Paling menyakitkan hati, staff tersebut membuat catitan pada Repair Service Memo bahawa kerosakan adalah disebabkan jahitan terbuka. Untuk makluman, kerosakan adalah KOYAK di bahagian penyangkut tali dan bukan jahitan terbuka. Saya bertanya staff tersebut mengapa catit jahitan terbuka sedangkan beg tersebut koyak? Staff tersebut memaklumkan dia hanya cari makan dan takut dimarahi oleh SEMBONIA sekiranya menulis beg tersebut koyak. Mohon penjelasan SEMBONIA mengapa beg yang dijual tidak berkualiti dan mudah koyak. Mohon penjelasan juga mengapa baik pulih beg mengambil masa terlalu lama. Sepatutnya beg yang koyak diganti dengan beg yang baharu dan bukan dibaiki. Sehingga kini belum ada jawapan bila beg tersebut siap dibaiki.